Monday, September 26, 2016

BAB 10

Bab:10 Penyesuaian Sosial

Ø Penyesuaian ialah proses adaptasi.
Ø Penyesuaian diri berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap,tingkah laku,hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.
Ø Penyesuaian melibatkan perubahan kehidupan supaya dapat menyesuaikannya dengan kehendak dan keperluan persekitaran.
Ø Sosial adalah hubungan dan interaksi dalam sesuatu masyarakat.Sosial juga adalah keupayaan individu berinteraksi sesama mereka di dalam sesebuah komuniti seperti di Institut Pendidikan Guru.
Ø Penyesuaian sosial adalah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu.Ia merupakan kemampuan untuk berinteraksi secara efektif dan sihat terhadap situasi,realiti dan keadaan sehingga tuntutan hidup bermasyarakat dipenuhi dengan cara yang dpat diterima(Hurlock,1990)
Ø Penyesuaian sosial di IPGK bermaksud pelajar mampu berinteraksi dengan orang lain di IPGK secara efektif dan sihat sehingga pelajar peroleh kepuasan dalam usaha memenuhi kehendak dan keperluan IPGK.

10.1 Kemahiran Interpersonal
Ø Menurut Teori Multiple Intelligences(Gardner,1993), kemahiran interpersonal adalah keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka.
Ø Kemahiran Interpersonal memerlukan seseorang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi supaya boleh berinteraksi dengan dalam sesuatu komuniti.
Ø Kemahiran interpersonal terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara.

10.2 Kemahiran Intrapersonal
Ø Kemahiran intrapersonal merupakan kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri.
Ø Kepentingan meningkatkan kemahiran intrapersonal adalah:
a)Meningkatkan keyakinan diri
b)Mengetahui kelemahan dan kelebihan diri
c)Meningkatkan pencapaian akademik
d)Meningkatkan produktiviti dalam tugasan yang     diberikan

10.3 Pelajar Sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran
Ø Komuniti pembelajaran adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan,kemahiran,nilai dan sikap yang baik.
Ø Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran,bekerja secara kolaboratif,memperbaiki kemahiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.

10.4 Isu-Isu Perkongsian Maklumat
Ø Perkongsian maklumat dilakukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) dalam kalangan pensyarah dan pelajar di IPG.
Ø Perkongsian maklumat dapat dibuat dengan memuat naik bahan ke laman web yang tertentu.
Ø Perkongsian maklumat boleh dilakukan melalui penggunaan internet iaitu blog,flickr,slideshare, skype,facebook,e-mail dan sebagainya.

BAB 9

Bab:9 Sikap Terhadap Pentaksiran
Ø Pentaksiran terdiri daripada pengukuran,pengujian dan penilaian.
Ø Penilaian adalah satu proses yang sistematik yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan telah tercapai(Gay,1985)
Ø Penilaian bertujuan menentukan status individu yang dinilai dengan membandingkan status berkenaan dengan standart atau kriteria yang digunakan.
Ø Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan pernilaian sumatif.
Ø Penilaian Formatif ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan,semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Ø Penilaian Sumatif merupakan penilaian yang dilakukan di akhir sesuatu pengajaran atau program.

9.1 Jenis-Jenis Pentaksiran
Ø Prestasi seseorang pelajar dalam sesuatu kursus akan ditentukan oleh himpunan peratusan markah kerja kursus dan peperiksaan akhir.
Ø Jenis- jenis pentaksiran terdiri daripada;
a)Peperiksaan
b)Kerja Kursus
i. Projek
ii. Ujian Amali
iii. Ujian Akhir Kursus
c) Penilaian Praktikum
d)Penilaian Bina Insan Guru
e)Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum

9.2 Persediaan Untuk Pentaksiran
Ø Terdapat beberapa bentuk pentaksiran di IPG iaitu:
Peperiksaan
Tugasa Kerja Kursus
Praktikum
Bina Insan Guru
Aktiviti kokurikulum
Internship
Ø  Pelajar perlu menyediakan diri dengan mengumpul dan menghasilkan nota yang baik;mengulang kaji;memahami dan meghafal nota serta menyediakan jadual perancangan ulang kaji.

BAB 8


Bab:8 Sistem Pengurusan Pembelajaran

Ø Sistem pengurusan pembelajaran merupakan suatu sistem yang digunakan untuk mengurus pembelajaran pelajar dalam sesuatu universiti,institut dan kolej melalui penggunaan internet.

8.1 Ciri-Ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran(SPM)
Ø Sistem pengurusan Pembelajaran biasanya menggunakan internet melalui e-pembelajaran yang diperoleh di laman web universiti,institut atau kolej.

8.2 Kegunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran
Ø Sistem ini digunakan bagi mengurus,mengesan, melapor dan menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan internet.
Ø Sistem ini juga digunakan untuk mendapatkan data bagi memantapkan dan memantau pembelajaran pelajar.
Ø Sistem Pengurusan Pembelajaran turut digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan,membuat penilaian dan pentaksiran pembelajaran serta mengenal pasti kemajuan pembelajaran dalam kalangan pelajar.

8.3 Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran
Ø Sistem Pengurusan Pembelajaran dapat membantu meningkatkan pembelajaran pelajarnya melalui aktiviti on-line.
Ø Ia juga meningkatkan pengambilan bilangan pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Ø Seterusnya,sistem ini juga menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar.

BAB 7

Bab 7:Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer


Ø Komputer merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan data dan arahan.
Ø Sistem komputer merupakan peranti elektronik yang berupaya menerima data menerusi peranti seperti papan kekunci dan tetikus oleh pengguna.Data-data tersebut akan diproses menjadi maklumat yang berguna oleh CPU(Central Processing Unit) menerusi peranti seperti monitor atau mesin pencetak dan pembesar suara.
Ø Terdapat dua jenis komputer yang biasa digunakan iaitu komputer berbentuk desktop dan laptop.

7.1 Perisian Utiliti
Ø Perisian utiliti adalah perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer,sistem pengendalian dan perisian penggunaan.
Ø Perisian komputer adalah program-program,dokumentasi pengguna(manual penggunaan perisian),dokumentasi sistem(maklumat mengenai keperluan sistem) dan data konfigurasi(data-data yang diperlukan untuk komputer berfungsi).

Ø Contoh-contoh perisian utiliti adalah DISK SCANNER,DISK DEFRAGMENTER,VIRUS SCANNER,FILE COMPRESSION,FILE CONVERTER,SCREEN CAPTURE,WIRELESS NETWORKING TOOLS,ONLINE FILE SHARING&STORAGE TOOLS,DOWNLOADING TOOLS,PRESENTATION TOOLS dan DISC BURNING TOOLS

7.2 Perisian Pemprosesan Perkataan
Ø Perisian pemprosesan perkataan adalah perisian yang digunakan untuk memproses maklumat dalam bentuk teks perkataan
Ø Ia digunakan untuk mengarang,memformat,menyunting dan mencetak dokumen.
Ø Contoh perisian pemprosesan perkataan ialah MS Word.

7.3 Perisian Hamparan Kerja
Ø Perisian hamparan kerja adalah perisian yang digunakan untuk memproses data dalam bentuk teks numerik.
Ø Ia digunakan untuk menganalisis data iaitu seperti purata,jumlah dan kiraan aritmetik yang mudah.
Ø Contoh perisian hamparan kerja ialah MS Excel.

7.4 Perisian Persembahan Elektronik
Ø Perisian persembahan elektronik adalah perisian yang digunakan untuk membina dan menghasilkan slaid atau persembahan elektronik yang diingini.
Ø Bahan persembahan boleh dihasilkan menggunakan blank presentation,design template dan from autocontent wizard.
Ø Contoh perisian persembahan elektronik ialah MS PowerPoint.

7.5 Perisian Pangkalan Data
Ø Perisian pangkalan data yang biasa digunakan ialah MS Access.
Ø Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun,biasanya dalam bentuk elektronik.
Ø MS Access terdapat dalam perisian Microsoft Office.

7.6 Blog
Ø Blog berasal dari gabungan perkataan “web Log” yang dicantumkan dan diringkaskan sebutannya menjadi blog.
Ø Laman blog membantu pengguna internet menyebarkan maklumat yang menjadi hobi mereka dan berkongsi pengalaman dengan pengguna internet.

BAB 6

Bab: 6 Kemahiran Memproses Maklumat & Penyediaan Bahan Bertulis

ü Kemahiran memproses maklumat merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan didengari.
ü Tujuannya supaya bahan berkenaan boleh digunakan
 untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut
 kehendak soalan tugasan kerja kursus.
ü Terdapat 2 jenis sumber maklumat iaitu:
     sumber primer-maklumat yang diperoleh sendiri oleh pengkaji misalnya melalui temu bual dan soal selidik.
     sumber sekunder-sumber yang diperoleh melalui pembacaan seperti buku,majalah,dan sebagainya.

6.1 Menganalisis Maklumat Yang Dikumpul
ü Terdapat pelbagai bentuk maklumat yang perlu dianalisis iaitu maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif.
ü Maklumat kuantitatif berbentuk nombor manakala kualitatif pula berbentuk teks,lakaran,rajah,foto dan sebagainya.
ü Maklumat dalam bentuk data bernombor boleh dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti jadual,graf,frekuensi dan peratus.
ü Berikut adalah beberapa contoh maklumat dalam bentuk data bernombor:

a) Jadual
Jadual merupakan cara yang paling kemas untuk 
mempersembahkan maklumat .
Pemboleh ubah dimasukkan ke dalam lajur dan baris dalam jadual
Cara ini amat berguna jika seseorang ingin membandingkan satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain.
Pemboleh ubah adalah faktor yang menjadi perkara penting untuk dianalisis misalnya jantina, masa,pendapatan, dan 
pencapaian akademik.

b)Graf bar
Graf diperlukan untuk menganalisis data berbentuk nombor.
Tujuannya adalah supaya data-data yang diperoleh dapat dianalisiskan kepada bentuk yang lebih mudah difahami.
Pemilihan jenis graf bergantung kepada keperluan dan persoalan kajian.
c) Carta pai
Carta Pai merupakan sejenis carta atau graf yang berbentuk bulatan yang terdiri daripada beberapa sektor atau belahan.
• Saiz sudut oleh setiap sektor mewakili kekerapan atau 
frekuensi setiap item yang ingin ditunjukkan. 
•  Namun begitu, untuk membina dan seterusnya mentafsir
 carta pai, kemahiran yang kukuh dalam topik pecahan 
sangat penting.
• Selalunya pelajar akan diminta untuk mendapatkan 
maklumat dari carta pai ataupun membina carta pai 
daripada maklumat-maklumat yang diberi
d) Piktograf

Ø Piktograf ialah sesuatu jenis perwakilan data dengan menggunakan sesuatu lambang 
yang berkaitan untuk mewakili kekerapan yang berlaku dalam sesuatu          perkara atau peristiwa tertentu.
Ø      Piktograf merupakan satu graf gambar yang mengandungi maklumatyang ringkas 
dan mudah difahami melalui lambang yang dipamerkan dalam sesuatu jadual.
Ø Prosedur melukis piktograf:

i.Menganalisis maklumat
ii.Menentukan lambang
iii.Menentukan petunjuk
iv.Menyediakan jadual
v.Melukis piktograf  
e)Graf lengkung

 
• Taburan kekerapan himpunan digunakan untuk melukis graf yang dinamakan ogif untuk mentafsir data 
yang diperoleh.
 • Untuk melukis ogif, nilai data berada di paksi-x, manakala kekerapan himpunan berada pada paksi-y.
 • Ogif yang dilukis di bawah berdasarkan Jadual di atas.
6.2 Mentafsir Dan Membuat Kesimpulan
i. Mentafsir maklumat
Ø Bahan bacaan atau maklumat boleh dianalisis dan 
ditafsirkan mengikut keperluan dan kehendak pembaca.
Ø Berikut adalah beberapa contoh bahan atau maklumat 
dalam bentuk kualitatif:
a) Lakaran
b) Carta alir
c) Gambar rajah
d) Foto

6.3 Menilai Maklumat


Ø Penilaian juga dilakukan ke atas maklumat yang ingin 
dijadikan bahan rujukan.
6.4Mensintesis Maklumat Untuk Menghasilkan 
Bahan Bertulis

Ø Proses mensintesis menggabungkan idea,
menggubahkan semula idea dan menyatukan idea.
Ø Mensintesis menjadikan data dalam bentuk baharu dan 
bersepadu

BAB 5

Bab 5: Kemahiran Mengambil Dan Membuat

 Nota


5.1 Cara-Cara Membuat Nota

Mengenalpasti maklumat yg sesuai untuk ditulis.
Menggunakan cara yang sesuai.

Contoh : outline note , column note
Menggunakan perkataan sendiri.
Mencatatkan sumber maklumat yg diperoleh.
Nota bentuk grafik

Cara-cara membuat nota
1) Annotation
2) Outline Note
3) Column note
4)Nota Rumusan

5.2 Alat-Alat Berfikir Dalam Membuat Nota

Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta 
pengetahuan, peta konsep , peta cerita dan alat pengurusan kognitif.  Ia merupakan alat komunikasi yang menggunakansimbol untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, ideadan juga hubungan antara mereka.  Tujuan utama 
alat pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.



                              














Garis panduan membina peta minda:

1) Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau
 idea
2) Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau 
      penerangan tentang tajuk 
3) Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang 
tertentu
4) Gunakan kata kunci, gambar, imej tiga matra atau simbol
5) Tuliskan kata penghubung di atas garisan
6) Jadikan corak yang manarik
7) Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan.
8) Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi supaya lebih cantik
9) Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda yang 
lebih asli