Monday, September 26, 2016

BAB 6

Bab: 6 Kemahiran Memproses Maklumat & Penyediaan Bahan Bertulis

ü Kemahiran memproses maklumat merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan didengari.
ü Tujuannya supaya bahan berkenaan boleh digunakan
 untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut
 kehendak soalan tugasan kerja kursus.
ü Terdapat 2 jenis sumber maklumat iaitu:
     sumber primer-maklumat yang diperoleh sendiri oleh pengkaji misalnya melalui temu bual dan soal selidik.
     sumber sekunder-sumber yang diperoleh melalui pembacaan seperti buku,majalah,dan sebagainya.

6.1 Menganalisis Maklumat Yang Dikumpul
ü Terdapat pelbagai bentuk maklumat yang perlu dianalisis iaitu maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif.
ü Maklumat kuantitatif berbentuk nombor manakala kualitatif pula berbentuk teks,lakaran,rajah,foto dan sebagainya.
ü Maklumat dalam bentuk data bernombor boleh dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti jadual,graf,frekuensi dan peratus.
ü Berikut adalah beberapa contoh maklumat dalam bentuk data bernombor:

a) Jadual
Jadual merupakan cara yang paling kemas untuk 
mempersembahkan maklumat .
Pemboleh ubah dimasukkan ke dalam lajur dan baris dalam jadual
Cara ini amat berguna jika seseorang ingin membandingkan satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain.
Pemboleh ubah adalah faktor yang menjadi perkara penting untuk dianalisis misalnya jantina, masa,pendapatan, dan 
pencapaian akademik.

b)Graf bar
Graf diperlukan untuk menganalisis data berbentuk nombor.
Tujuannya adalah supaya data-data yang diperoleh dapat dianalisiskan kepada bentuk yang lebih mudah difahami.
Pemilihan jenis graf bergantung kepada keperluan dan persoalan kajian.
c) Carta pai
Carta Pai merupakan sejenis carta atau graf yang berbentuk bulatan yang terdiri daripada beberapa sektor atau belahan.
• Saiz sudut oleh setiap sektor mewakili kekerapan atau 
frekuensi setiap item yang ingin ditunjukkan. 
•  Namun begitu, untuk membina dan seterusnya mentafsir
 carta pai, kemahiran yang kukuh dalam topik pecahan 
sangat penting.
• Selalunya pelajar akan diminta untuk mendapatkan 
maklumat dari carta pai ataupun membina carta pai 
daripada maklumat-maklumat yang diberi
d) Piktograf

Ø Piktograf ialah sesuatu jenis perwakilan data dengan menggunakan sesuatu lambang 
yang berkaitan untuk mewakili kekerapan yang berlaku dalam sesuatu          perkara atau peristiwa tertentu.
Ø      Piktograf merupakan satu graf gambar yang mengandungi maklumatyang ringkas 
dan mudah difahami melalui lambang yang dipamerkan dalam sesuatu jadual.
Ø Prosedur melukis piktograf:

i.Menganalisis maklumat
ii.Menentukan lambang
iii.Menentukan petunjuk
iv.Menyediakan jadual
v.Melukis piktograf  
e)Graf lengkung

 
• Taburan kekerapan himpunan digunakan untuk melukis graf yang dinamakan ogif untuk mentafsir data 
yang diperoleh.
 • Untuk melukis ogif, nilai data berada di paksi-x, manakala kekerapan himpunan berada pada paksi-y.
 • Ogif yang dilukis di bawah berdasarkan Jadual di atas.
6.2 Mentafsir Dan Membuat Kesimpulan
i. Mentafsir maklumat
Ø Bahan bacaan atau maklumat boleh dianalisis dan 
ditafsirkan mengikut keperluan dan kehendak pembaca.
Ø Berikut adalah beberapa contoh bahan atau maklumat 
dalam bentuk kualitatif:
a) Lakaran
b) Carta alir
c) Gambar rajah
d) Foto

6.3 Menilai Maklumat


Ø Penilaian juga dilakukan ke atas maklumat yang ingin 
dijadikan bahan rujukan.
6.4Mensintesis Maklumat Untuk Menghasilkan 
Bahan Bertulis

Ø Proses mensintesis menggabungkan idea,
menggubahkan semula idea dan menyatukan idea.
Ø Mensintesis menjadikan data dalam bentuk baharu dan 
bersepadu

No comments:

Post a Comment