Monday, September 26, 2016

BAB 9

Bab:9 Sikap Terhadap Pentaksiran
Ø Pentaksiran terdiri daripada pengukuran,pengujian dan penilaian.
Ø Penilaian adalah satu proses yang sistematik yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan telah tercapai(Gay,1985)
Ø Penilaian bertujuan menentukan status individu yang dinilai dengan membandingkan status berkenaan dengan standart atau kriteria yang digunakan.
Ø Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan pernilaian sumatif.
Ø Penilaian Formatif ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan,semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Ø Penilaian Sumatif merupakan penilaian yang dilakukan di akhir sesuatu pengajaran atau program.

9.1 Jenis-Jenis Pentaksiran
Ø Prestasi seseorang pelajar dalam sesuatu kursus akan ditentukan oleh himpunan peratusan markah kerja kursus dan peperiksaan akhir.
Ø Jenis- jenis pentaksiran terdiri daripada;
a)Peperiksaan
b)Kerja Kursus
i. Projek
ii. Ujian Amali
iii. Ujian Akhir Kursus
c) Penilaian Praktikum
d)Penilaian Bina Insan Guru
e)Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum

9.2 Persediaan Untuk Pentaksiran
Ø Terdapat beberapa bentuk pentaksiran di IPG iaitu:
Peperiksaan
Tugasa Kerja Kursus
Praktikum
Bina Insan Guru
Aktiviti kokurikulum
Internship
Ø  Pelajar perlu menyediakan diri dengan mengumpul dan menghasilkan nota yang baik;mengulang kaji;memahami dan meghafal nota serta menyediakan jadual perancangan ulang kaji.

No comments:

Post a Comment