Ø Penyesuaian ialah proses adaptasi.
Ø Penyesuaian diri berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap,tingkah laku,hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.
Ø Penyesuaian melibatkan perubahan kehidupan supaya dapat menyesuaikannya dengan kehendak dan keperluan persekitaran.
Ø Sosial adalah hubungan dan interaksi dalam sesuatu masyarakat.Sosial juga adalah keupayaan individu berinteraksi sesama mereka di dalam sesebuah komuniti seperti di Institut Pendidikan Guru.
Ø Penyesuaian sosial adalah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu.Ia merupakan kemampuan untuk berinteraksi secara efektif dan sihat terhadap situasi,realiti dan keadaan sehingga tuntutan hidup bermasyarakat dipenuhi dengan cara yang dpat diterima(Hurlock,1990)
Ø Penyesuaian sosial di IPGK bermaksud pelajar mampu berinteraksi dengan orang lain di IPGK secara efektif dan sihat sehingga pelajar peroleh kepuasan dalam usaha memenuhi kehendak dan keperluan IPGK.
10.1 Kemahiran Interpersonal
Ø Menurut Teori Multiple Intelligences(Gardner,1993), kemahiran interpersonal adalah keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka.
Ø Kemahiran Interpersonal memerlukan seseorang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi supaya boleh berinteraksi dengan dalam sesuatu komuniti.
Ø Kemahiran interpersonal terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara.
10.2 Kemahiran Intrapersonal
Ø Kemahiran intrapersonal merupakan kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri.
Ø Kepentingan meningkatkan kemahiran intrapersonal adalah:
a)Meningkatkan keyakinan diri
b)Mengetahui kelemahan dan kelebihan diri
c)Meningkatkan pencapaian akademik
d)Meningkatkan produktiviti dalam tugasan yang diberikan
10.3 Pelajar Sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran
Ø Komuniti pembelajaran adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan,kemahiran,nilai dan sikap yang baik.
Ø Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran,bekerja secara kolaboratif,memperbaiki kemahiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.
10.4 Isu-Isu Perkongsian Maklumat
Ø Perkongsian maklumat dilakukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) dalam kalangan pensyarah dan pelajar di IPG.
Ø Perkongsian maklumat dapat dibuat dengan memuat naik bahan ke laman web yang tertentu.
Ø Perkongsian maklumat boleh dilakukan melalui penggunaan internet iaitu blog,flickr,slideshare, skype,facebook,e-mail dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment