Monday, September 26, 2016

BAB 3

Bab 3 : Kemahiran Perolehan dan

 Pengurusan Maklumat


3.1 Pencarian Sumber Maklumat



Kemahiran mencari maklumat juga bergantung kepada sejauh mana seseorang 


maklumat tertentu sesetengah keputusan tidak dapat dibuat atau sekiranya dibuat, boleh 
membawa akibat yang buruk dan mengaibkan.Dalam dunia yang semakin berasaskan 
maklumat dan mengalami kebanjiran maklumat, kita harus bijak mencari jalan bagi 
mendapat maklumat yang tepat dan menggunakannya dengan berkesan.Kemahiran 
mencari maklumat adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Tetapi kemahiran mencari 
maklumat juga bergantung kepada kedudukan ekonomi dan tempat di mana kita berada.

sebagai pencari maklumat yang mahir dan aktif.Pertama sekali adalah mengetahui 
dorongan / sebab mencari maklumat, diikuti dengan memahami sikap manusia apabila 
berdepan danmaklumat. Setiap orang mempunyai dorongan yang berbeza semasa mencarimaklumat. Ada yang memerlukannya untuk tujuan ekonomi, kemasyarakatan,pendidikan. 
Dorongan yang berbeza ini membentuk persepsi dan motivasi yang berbeza pula semasa 
berdepan dengan maklumat..Terdapat berbagai teknik untuk menganalisis sikap manusia 
semasa berhubungan dengan dunia maklumat.Salah satu teknik itu menunjukkan ada 
orang yang mencari maklumat sekadar di permukaan, ada yang mencari secara mendalam dan ada pula yang bersifat meneroka sejauh yangmungkin secara rawak.Memahami 
keperluan maklumat diri dan cara diri kita mencari maklumat adalah satu bentuk 
pemahaman yang membolehkan kita menguasai kemahiran maklumat pada tahap yang 
lebih baik.


3.2 Pengurusan Maklumat

Menurut beberapa kamus umum,maklumat ialah data,bahan dan pengetahuan. Selain itu,
maklumat juga adalah data yangtersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna. Ciri-ciri maklumat termaksuklah relevan,boleh dipercayai,boleh difahami,lengkap,tepat pada 
masanya dan membantu mengurangkan ketidakpastian.Manakala data tidak dianggap
sebagai maklumat sekiranya lapuk atau ketinggalan daripadarealiti sebenar,kabur,tidak jelas,tidak lengkap atau bukan dalam format yang diperlukan.Seseorang itu perlu tahu 
bagaimana memperolehi manfaat daripada maklumat yang telah dikumpulkan untuk 
menjadi seseorang yang celik maklumat(Lau 2006).



3.3 Pelayaran Internet



Terdapat pelbagai cara untuk menetapkan ciri keselamatan ketika menggunakan internet.
Kesemua ini boleh mengagalkan sebarang percubaan untuk menyeludup masuk ke 
maklumat peribadi anda menerusi internet. Biasanya penceroboh melakukannya untuk cubamendapatkan capaian lain kepada komputer yang dirangkaikan kepada anda. Anda boleh 
membuang sebarang pelayaran web anda bagi menyusahkan orang lain 
mengetahui di mana anda pernah pergi dalam internet.


No comments:

Post a Comment